Monday 1 August 2011

kisah 1 ramadhan



Assalamualikumwarahmatullahiwabarokatuh..(xjwb dosa heeheh).

cepatnya masa berlalu,gelap cerah gelap cerah, arini da 1 ramadhan 1432 H, alhmdulilah aku brsyukur kerana aku masih diberi kesempatan untuk menjalani rukun islam yg ke3 iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan, Terima Kasih Ya Allah..aku mengharapkan semoga ramdhan thun ini memberi 1 keberkatan dan semoga driku dpt bertemu dengan malam lailatul qadar. InsyALLah..=)

hehe...5 tahun aku mymbut puasa d perantauan tnpa flmys dcc..cedih2x...first shur arnie pn sorang2 :(, ...housemte2 lain,pham2la kn pmpuan huhu..(sori yer housemateku =)), 6t kite sahur same2,berbuka same2 & teraweh same2....menu pg td, simple je air suam & kurma...~maniskan kurma ini heehe..ingt lg pesan umi,mkn kurma mudah kenyang..alhmdulilah..


surah al-baqarah ayat 183-185

Puasa


" Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - (Surah Al-Baqarah: 183)

" (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184)

" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. 
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185)

* ni ada serangkap pantun dari aku, utk teman2 yg mengenali driku ini...mohon maaf yer..


P/S : POSE JANGAN TAK POSE
xpose xleh raye hehehe...=)



No comments:

Post a Comment